Sunday, December 18, 2016

Bagaimana Cara Untuk Membuat Passport Di Negeri Bukan Kelahiran

Assalamualaikum. Salam sejahtera. lama betul mima x buka atau update blog ni kan. adalah kena sapu sikit sawang2. hehe. mima agak busy sejak kebelakangan ni.. almaklum , dah nak dekat2 final ni mcm ni laa. banyak benda nak settle.. 

Jadi hari ni , pada jam 2.16 pagi, tibe mima rasa mcm nak update blog pulak. Selepas ada lagi sorang kawan terkena benda yang sama. cuma keadaan dia boleh dikatan lebih baik drpd masa mima kena buat passport ni. Jadi, untuk mengelakkan benda sama jadi dkt orang lain, dan tidak rasa teraniaya, mima share cara2 nak apply passport ni. manatau berguna untuk sesiapa yang nak memohon untuk membuat passport di negeri selain daripada negeri kelahiran kita. maksud nya disini, contoh laa awak sebenarnya berasal daripada Sabah, tp nak buat passport di Kuala Lumpur. bagaimana dan apakah yang perlu awak sediakan dan apa yang awak patut buat. yes! tu laa yang bakal mima share dkt semua yang mungkin singgah di dkt blog mima pada ketika ini.


MARI KITA MULA!!




Siapa sangka buku merah ni adalah benda yang amat leceh dan rumit bila kau berurusan di luar kawasan negeri kau. tapi dia tak lah rumit dan sebenarnya lebih elok kalau kita memohon di tempat sendiri. Pihak Imigresen akan ambil masa lebih kurang sejam sahaja untuk siapkan passport awk. 

TETAPI!!!! 
kalau awk dari negeri lain, pihak Imigresen akan mengambil masa selama 5hari waktu bekerja untuk siapkan passport awk. ini untuk kes mima laa sebab mima asal dari Sabah. kalau korang dari kawasan sekitar Semenanjung, WAllahu'alam. sebab apa perlu 5hari waktu bekerja?? ini sebab nya..

- Pihak Imigresen terlebih dahulu memerlukan pengesahan daripada pihak Imigresen negeri awk. Bukan apa, utk memastikan segala maklumat dan identiti awak adalah sah. yang lebih penting.. untuk memastikan awk adalah warga negara MALAYSIA!! proses dia bukan alang2. tu sebab perlu 5 hari nak settle tu.


BENDA PERTAMA SEKALI KAU PERLU ADA BILA NAK PERGI BUAT PASSPORT!!

A) SIJIL KELAHIRAN YANG SAH
B) SALINAN KAD PENGENALAN (2 ATAU LEBIH IN CASE. sedia je bnyk2)
C) NO K/P MAK ABAH (yang ni dah ada sekali dkt sijil lahir kau dont worry) hehe.
D) DUIT SEBANYAK RM200 (passport will be valid until 5years)


Haaaaa! benda2 dkt atas sangat penting yaa saudara saudari sekalian.. ini lah yang pihak Imigresen akan minta korang sediakan. mana2 tmpt pun. sama!


BAGAIMANA KALAU SIJIL LAHIR TERTINGGAL DI NEGERI AWK?

JANGAN RISAU! pihak Imigresen akan mengarahkan awk untuk membuat cabutan sijil lahir di pejabat JPN. Cabutan sijil lahir ni awk takkan dapat terus tau. ada lagiiii proses dia. Antara prosesnya adalah,

1) Pihak JPN akan mengarahkan awak untuk mengisi satu borang. Borang tu memerlukan awk untuk isi segala maklumat penting seperti nama dll. 

2) Once dah isi, diorang akan proceed borang maklumat awk tu,dan kemudian diorang akan buat surat dan akan terus fax ke bahagian yg berkenaan di negeri awk untuk pengesahan. 

3) Kalau pihak daripada negeri awk dh terima, dan dah bagi pengesahan, diorang akan fax semula kpd pihak JPN tmpt awk berurusan tu untuk proceed Cabutan Sijil Lahir awk. Banyak benda kan? sbenarnya ada lagi, tp dh tak ingat dh sbb dia berkaitan dgn status dalam database diorang. Mima x reti sangat. sbb time buat tu cuak namati! dah la sorang2. 


TAPI SAYA PERLUKAN PASSPORT SECEPAT YANG MUNGKIN DAN TIADA MASA UNTUK TUNGGU SELAMA 5 HARI. MACAM MANA NI?

Haaaa! ni lgi satu hal. nak dibuat cerita, mima ambik kes mima laa. Mima sebenarnya dapat panggilan untuk buat show dekat CHINA bersempena dengan Independence Day diorang under KLPD Malaysia. Last2, hmmmmm.. hampeh! 
jadi mima pun perlu submit passport dkt pihak KLPD keesokkan harinya untuk diorang aturkan VISA. haaaa.. VISA mima takkan sentuh. Jadi? tak gilaaaa aku jadinya nak hantar esok?? mmg cuak btl buat passport wktu tu. Dan mima pun dengan muka cuak hadap la pegawai Imigresen tu. gitu gini gitu gini, ni dia kesimpulannya,

1) Mima perlu call pihak Imigresen Sabah untuk bantu kes mima. 

2) Bila dah call, pihak Imigresen Sabah bersetuju untuk tolong. Dan diorang mengarahkan mima untuk bersabar dan beritahu dkt pihak Imigresen tmpt mima berurusan tu untuk buat surat, dan once dah fax dekat Imigresen Sabah, diorang akan fax semula surat maklum balas kebenaran dkt pihak Imigresen tu utk proceed. Sumpah leceh. semua ni atas budi bicara sebenarnya kwn2.

3)Perincian cerita mima ni mima akan buat nanti dibawah tajuk " 'AZAB PASSPORT" 


LAAAA! TU JE? yesss.. ini je. mima pun sebenarnya ingat panjang laa crita nak taip. yang panjang tu sebenarnya, crita semasa proses mima nak buat Passport dekat satu tmpt ni. Allah je tau mcm mna mima nangis, sorang2 settle benda ni. 

KESIMPULAN yang mima boleh bagi adalah, please!! buatlah passport awal2. sebelum korang smbung study atau kerja mana2 luar daripada negeri korang. seksa weyy buat. untuk elak benda2 mcm ni laa sbnrnya. cukup lah mima sorang kena. taknak korang rasa benda sama. ada masa mima akan crita dkt korang kenapa dan apa sebab mima share benda ni at first place. ok? 

Jam pun dah menunjukkan pukul 3.39am. mima seeloknya tidur. Jumpa lagi guys. moga apa yang mima share ni bermanfaat buat korang. Inn Sha Allah. dengan itu, Wabillahitaufiq,walhidayah. Assalamualaikum wbt.














Monday, September 7, 2015

A NEW SEMESTER HAS COME

Assalamualaikum pembuka bicara di pagi Isnin penuh barakah daripada Allah SWT. Bermula lah semester baru kami sebagai pelajar tahun ke-2 di Aswara ni. First impressions will be like "aku dah tahun kedua ka?' hahahaha .. Agak tidak percaya jugak .. Sebab hidup kami telah dipenuhi dgn budak2 junior and kitorang adalah senior mereka .. merasa jugak lah jadi hadek2 manja tahun sebelum ni, dan skrg giliran kami pulak lah manja2 kan diorang (dalam masa yang sama buli diorang hokeyy) muahahahaha xD 

Aku harap pembuka semester baru ni aku boleh lah berbaik-baik dgn semua kwn2 aku.. but, turns out it wont be happening lah . Tak pa, aku sudah cuba untuk memulihkan hubungan .. dari pihak sebelah sana sahaja samada ingin kekal sedemikian atau tidak. Hidup ini tidak lah selalu baik. adakala nya kau perlu hadap ragam2 manusia yang selalu ingin kan perhatian lebih daripada yang kau dapat pada pandangan mata kasar mereka. aku bukan jenis pendendam lah guys. Allah tidak suka hamba2 NYA yang selalu bermusuhan lagi2 memutuskan silaturrahim . 

Selepas melangkah masuk Aswara td, dapat jugak lah aku bertembung dengan junior2 asasi dan diploma tahun 1 .. aku dah kira baik senyum ehh! Jaga korang yg hadek2 pegi sombong2 dgn aku.. mmg aku kerja kan korang .. aku dah warning.. hahaha .. aku tak jahat pun .. cuma, lebih banyak kawan kan itu lebih baik. jangan selalu nak down to earth .. org akan anggap kau tak suka pergaulan dan mulalah mereka menjauhkan diri dari kau. So, kalau nak seimbang tu, beranikan diri tegur2 kawan yg lain. kalau jenis yg mmg tak nak bergaul tu kau jgn pulak pegi paksa dia. 
nanti ada kang kes tumbuk belasah junior .. jgn jadi org gitu ehh! 

ok lah. aku rasa sampai sini aje kot nak bermadah2 kata. aku sebenarnya tak tahu nak buat apa dkt fakulti muzik aku ni. memandangkan line sangat power giler gempak, aku pun update laa blog aku yg kira dah berkarat ni .. ok tau. nnti Inn Shaa Allah aku akan update perkembangan terbaru sepanjang aku dekat Aswara ni. Seronok jadi pelajar sini. Dari kau je nak bukak minda ke tak dgn kehidupan seni .. Sayonara .. 
ASSALAMUALAIKUM :)



Thursday, June 25, 2015

Lalai Mengingati Allah


Assalamualaikum pembuka bicara di pagi subuh penghulu segala hari, Jumaat. 

Pedih, sakit, jatuh. Itu lah yang aku rasa selesai sahaja kertas Digital Media tamat. Mula-mula aku tidak lah berapa kisah. Tapi kau akan tau, bila hati tidak berkata jujur, sakit itu yang akan beri kau jawapan. Tidak semudah itu untuk kau asingkan perasaan bila kau mula menyayangi orang itu. 

Mungkin ini adalah salah satu ujian Allah kirimkan pada aku untuk melihat samada aku lebih mengejar cinta Manusia lebih daripada aku mengejar cintaNYA? Itu lah yang jelas sekali bilamana, ya! Aku mengaku bahawa aku lebih mengejar cinta Manusia berbanding cintaNYA. Kenapa aku berkata demikian? Sebab jika aku lebih cinta kpd Allah, maka aku tidak akan menangisi manusia yang tidak pernah akan memberi cinta mereka kepada aku. 

Benda ni adakala nya jadi isu berbangkit, bila aku seringkali dinasihati oleh sahabat2 ku ttg usah menangisi manusia kerana yang berhak kau tangisi adalah bila kau tidak mendapat cinta Allah. Itu yang penting. Mereka juga memberi semangat dari segi kata2. Mereka berkata mungkin Allah sudah pun tetapkan lelaki yang lebih baik untuk aku. Ada betulnya. 

Beri lah aku kerja apa sekali pun. Aku boleh kata kan aku akan bekerja seperti profesional. Tapi bila masuk bab seumpama ini, aku akan GAGAL! Biar berapa kali aku diberi kertas ulangan bab ini, aku tetap akan gagal. Sebab apa? Sebab target aku adalah satu, menyayangi mereka dengan ikhlas. Dan aku sangat naif. Bila aku sudah metakkan seseorang itu dihati, sukar untuk aku keluar kan kembali. Sukar untuk aku berpindah hati. Itu lah aku. Manusia Naif! 

 Semua ini semakin membuat ku lali. Membuat ku letih. Membuat ku lemas. Lemas dalam perasaan sendiri. Tidak mudah untuk aku melepas kan perasaan kepada orang lain. Tidak mudah juga untuk aku menerima orang lain. Mungkin sudah tiba masa nya untuk aku berubah. Berubah menjadi lebih matang dalam bercinta. Sudah tiba juga masanya aku berhenti berharap. Dan sudah tiba masanya untuk aku fokus kepada Cinta HAKIKI. CINTA ILLAHI. Moga dengan demikian, aku tidak akan sakit lagi. Inn sha Allah. 

Moga Allah mempertemu kan ku dengan manusia yang menyayangi ku sepenuh hati, mampu membimbing ku, mampu hidup bersama kekurangan ku dan yang lebih penting, menerima ku dengan ikhlas, kerana Allah Ta'ala. Inn sha Allah. Have faith in Allah. 

Itu sahaja nukilan buat hari ini. Moga menjadi ikhtibar buat semua yang hadir membaca bingkisan ikhlas hati. Sehingga jumpa dilain hari.

Assalamualaikum wbt. 

Wednesday, June 24, 2015

Aswara - CERITA DIAKHIR TAHUN PERTAMA

Assalamualaikum pembuka bicara.

Sebelum memulakan cerita, aku ingin mengucap kan selamat menyambut bulan penuh mulia, Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang mungkin berkunjung ke blog saya skrg. 

Alhamdulillah. Rajin pulak aku mengupdate blog disubuh hari Khamis ni. Al maklum lah, mungkin dekat dgn cuti suda kami ni. Jadi keterujaan untuk balik Sabah tu membuak2. ECCEH! Tidak sangka jugak kan, setahun suda aku dkt Aswara ni. Perasaan tu mcm baru kemarin kami semua berkumpul untuk orentasi dan skrg, kami hampir menamatkan tahun 1 kami sebagai pelajar Aswara sesi 2014/2015. 

Banyak pengalaman manis dan pahit kami sepanjang kami bergelar pelajar seni ni. Alah! Perkara tu mmg biasa laa. Manada org bilang "EXCITEMENT" dalam hidup kalau tiada semua tu. GITEW~ kena faham adik2, hidup dekat dunia kampus ni sangat lah mencabar. Kena lagi kau hidup berdikari. Tinggal lagi kau yg kena kebal. Lama kelamaan benda tu akan sebati dengan kau. Inn sha Allah. Im telling you this cause i had been through all of this shits. and the results, TADAAAAA~ aku jadi org yg tahan maki skrg ni. Boleh la dikatakan. hehehehe..




Pengalaman itu kau kena carik dik. Tidak semua nya akan jatuh kan kau. Dan tidak semua nya akan bagi kau pengalaman pahit. Walau pahit sekali pun yg kau dapat, cuba lah untuk menukarnya kepada kemanisan. Baru lah kau dapat merasai nikmatnya hidup dikelilingi oleh manusia2 yg mmg zahirnya bgitu, mksd nya dsini, apa kau dapat atau nampak sekarang. Hargai lah mereka. Hargai masa mu. Hargai detik2 yang kau lalui dimasa kau bergelar pelajar. Bukan semua dapat merasai hidup bgini. Buat aku, pengalaman inilah yang membuat aku lebih matang dan berdikari. 

Selagi kau bernafas, selagi kau meminjam udara yang Allah sediakan untuk kau, selagi itu lah kau kena bersyukur. Hidup ni sementara, akhirat itu abadi. Tiada yang akan terkecuali. Oleh itu, jadi manusia tu kena lah selalu menghargai apa yang kita perolehi. Kelak suatu masa akan kau sedari yang ini lah sumber kekuatan yang telah mendorong kau untuk terus bangkit menghadapi hidup ini. 

Ok.
Takat sini sahaja. Nanti ada umur yang panjang akan aku kongsikan lagi pengalaman2 semasa di Aswara ni. Sayang nya aku kepada Aswara ni hanya Allah yang tahu. Mereka sudah aku ibaratkan keluarga sendri. Tidak dapat aku bayang kan jika suatu masa nanti kami akan berpisah membawa haluan masing. Kalau ada sorang lelaki yang boleh aku bawak jadi penghuni hati, lain cerita la. hahahahaha! Gatei gamoknye~ 

Sehingga jumpa lagi. 
Assalamualaikum wbt.













Monday, April 27, 2015

SIAPA SEBENARNYA BERSALAH?



Assalamualaikum kepada semua yang mungkin singgah ke blog ku sekarang.

Hari ni ada satu cerita yang ingin aku sampai kan. Ada kaitan jugak lah dengan gambar yang aku serta kan diatas tu. Sebenarnya ada bnyk cerita atau pengalaman ku tentang hal ni. Tapi aku akan kongsikan tiga cerita aje kot. Secara jujur, tujuan atau niat ku berkongsi cerita ini hanyalah sebagai pengajaran atau kesedaran kepada masyarakat atau Hamba Allah yang berada diluar sana untuk sedar dan khilaf akan perbuatan mereka yang boleh kita katakan seakan meyerupai sikap keji Syaitan. 

Ok.
Bermula kisah sewaktu aku dibangku sekolah lagi. Biasa lah, diri semakin meningkat remaja. Maka datang lah perkara2 yang menduga naw2 keimanan kita dalam mengawal amarah dan kesabaran kita. Dahulu sewaktu aku di Tingkatan 3, aku mempunyai seorang kawan baik, yang boleh aku katakan rapat sangat2. Dia sangat baik. Ikhlas, cantik dan jujur aku katakan. Dia lah yang selalu belanja aku makan sbb dia tau, aku mmg tidak akan ada cukup duit utk makan di kantin waktu tu. dan, dia akan pelawa aku makan sekali, dia kalau ke mana2, dia akan belikan aku buah tangan (almaklumlah selalu merantau keluar dari Sabah wktu tu) jadi dia akan belikan aku something sebagai bauh tangan.

Dan, perhubungan itu berjalan seperti hari-hari biasa sehingga pada satu hari ni, JENGJENG! aku tak tau lah dimana kesalahan ku dengan dia sehingga dia membuka cerita fitnah tentang aku. Allah. Demi Allah aku tidak ingat pasal benda apa kami brgaduh besar tu. Sebab mungkin aku dari kecik di ajar tentang memaafkan dan mengikhlaskan oleh kedua orang tua ku (Aku bersyukur kerana dikurniakan orang tua seperti mereka) jadi, aku terus pergi ke meja nya waktu tu. Perbualan kami lebih kurang berbunyi seperti ini;

AKU: apa salah ku sama kau ni? sampai kau cakap belakang2 pasal aku?
DIA: apa kau ni? tiba-tiba?
AKU:  jangan lah kau pura2 ndak tau sana. kau yang buat2 cerita dibelakang kan? teruk ba kau ni. apa salah ku sama kau ni? (started to cry)
DIA: silent...

Aku pun kembali ketempat duduk ku sebab cikgu datang kot wktu tu. Jadi semenjak daripada hari tu, kami tidak bertegur. Tapi, selang beberapa minggu tu, kami berbaik semula. Dan keadaan sangat awkward ehh i tell you. Dan kami berjaya bersikap sebagai orang yang matang dengan melupakan perbalahan kami berdua sebelum tu. 

Tidak habis disitu cerita nya. Dia mula buat hal pulak di tingkatan 4, dan lima.. Kali ni dia mmg sangat mencabar keimanan bila dia melibatkan member2 keras dia yang pastinya boleh backup dia. Dia ni aku boleh katakan, mempunyai pengaruh atau member lelaki yang ramai. So, ko rase?? Aku macam dah naik MUAK korang tau waktu. Dah malas begaduh. Macam budak2 kecik.. Aku dah lah dulu boleh dikatakan berbadan seperti cikgu. Tingkatan 4, tapi mcm bukan tingkatan 4.Takkan lah sikap tu macam budak2 kan. Tak kena langusung. So, adalah yg aku buat untuk selesaikan perkara2 tu. Tak nak aku dedahkan.. sebab lagi mengaibkan aku dan dia aku rasa. 

Ok. 
Bergerak ke cerita kedua. Ceritanya pendek aje. Ada sorang hamba Allah ni. Dia lagi laa hot aku rasa.  Tapi dia ni, satu kekurangan dia, dia manusia yang jenis tak boleh nak kalah. Dia kena jadi org yg berada di TOPLIST. dan dia jenis yang cepat sangat percaya cakap org tanpa usul periksa. Sakit jiwa aku dibuatnya. Kena hadap org bgini ni mmg payah Nauzubillah. Mungkin salah satu dia ni tak suka aku sebab dia rasa aku ni saingan bagi dia.. Ya Allah. jujur ekk. Muka aku ni dulu tak ubah macam macik jual karipap kau tau tak. Aku tak tau laa tang mana dia rasa aku ni saingan dia. Orang kata, dia cuba nak bersikap seperti aku, tapi tak dapat sebab itu bukan diri dia. Bukan sikap dia ghupo itu. Allah.. WAllahu'alam laa. Allah jekk tau masalah yang sebenarnya. 

Kami berbalah ada pasal satu kes ni. Pasal lelaki la. Apa lagi. Tapi aku ni bukan lah perempuan yang jenis nak bawak betumbuk org lain pasal lelaki. Ilek aaa.. aku ni cool jek org nya. percaya lah. So, aku dah malas nak begaduh pasal lelaki,  tolong lah. Dah berbulu dah pun masih nak bergaduh pasal lelaki. Aku paling jaga betul maruah aku sebagai seorang perempuan. jadi, aku buat donno jek benda tu. Dan ada satu masalah ni berlaku serentak yang membuat kan benda ni nampak mcm aku plan untuk lepas kan lelaki ni. Banyak lagi kejadian yang berlaku antara kitorang. Aku tak tau mcm mna nak explain dan aku tak nak kongsi benda tu sebab ia nya melibatkan keluarga aku, keluar dia, dan lelaki tu. Jadi, aku tak nak dah bukak mulut tentang kes lama. 

Semenjak dari hari tu, aku dah jaga jarak dengan dia dah. Aku tak nak jadi musuh, tak nak jadi kawan baik. Kawan biasa dah cukup bagi aku. Dia perlu aku, aku akan tolong dia.. Simple as that. Dia tak perlu aku, aku akan ok jek. Tak ambik hati. 

Ok.
Cerita yang ketiga ni mungkin aku akan sambung dikemudian hari. Sebab, cerita ni agak panjang dari cerita kedua, dan lagi panjang dari cerita yang pertama. Fresh dari ladang lagi ni. Jadi, biar aku tenangkan dlu hati aku yang tengah remuk ni. Jujur, aku nangis sebab aku dah lah jauh dari family aku, sanggup diorang buat aku serupa itu. Kira mcm diorang menganiaya perasaan aku la. Dan lagi satu, biasa lah.. Bak kata Mama, Abah, Cikgu2 aku, ujian sewaktu sambung belajar lagi perit. By hook or by crook, kita kena terima jugak sebab tau tak, Semua tu adalah ujian yang Allah beri kepada kita samada kita makin dekat dengan Dia ke atau makin jauh kepada Dia setelah di kirimNya ujian yg berat kepada kita.. Allah rindu kita tu. Jadi sahutlah rinduNya dengan berjumpa dan bersujud kepadaNya di dalam solat. Inn sha Allah. 

Sehingga ketemu lagi. Assalam ~


Saturday, April 25, 2015

SHE'S ADMITTED

                                       
Assalamualaikum pembuka cerita...

Sekitar jam 3, aku dapat call daripada kakak senior aku, nama H. Nasib baik waktu tu aku belum tidur lagi. Call yang pertama aku terlepas, dan pada call yang kedua baru aq jawab panggilan. Aku rasa hairan lah sebab knpa kak H call aku pagi2 buta ni. Dengan aku yg tak sedap hati, aku terus angkat dan lagi membuatkan aq tambah cuak bila dia kata dia kebas dari pinggang smpi kaki.. 
Bunyi berbualan dalam telefon kami berbunyi begini;

 kak H: Mima, tolong akak please. Sakit!
aku: Nape kak? ya Allah!
 kak H: Akak tak dapat rase dri pinggang smpi kaki.. rasa kebas.. please mima tolong akak. 
 aku: Ok, Ok.. kjap mima turun

Aku dengan risau apalagi, turun laa cepat2. Sebelum kejadian tu, mlm lepas isyak bgitu la, aku ada urut dia. Sebab dia asyik muntah2 jekk. Dia ngadu dia muntah smpi 2 beg plastik. Lpas tu dia dapat rasa migrain dia dtg (guys, migrain bahaya tau, baik buat medical checkup kalau dapat rasa migrain) Dia kata lagi penglihatan dia kabur sebelah kanan. ALLAH ! korang dapat bayangkan tak mcm mna la aku risau wktu tu. So, after aku urut dia, dia kata alhamdulillah dah ok.. 

Lepas dia ngadu sakit jam 3 tu, aku sempat urut dia lagi, and dia kata nak gi hospital sbb dah tak tahan. aku ni mana lah pernah pegi hospital tgh2 pagi buta. jd aku pun dengan tak berfikir panjang nya kata jom lah. sbb dah terlalu risau dah. 

kitorang turun pegi bilik warden.. dan bangang nya, dah kuat dah aku ketuk bilik rumah nya, still takda yang menyahut. lepas tu, dkt pondok guard tu diorang perasan kitorang mcm perlu bantuan, then tanya kitorang apa masalah, aku bagitau lah kak H tgh sakit. warden pulak tak menyahut2. Guard tu kata diorang baru jekk dengar warden kitorang tu pegi masuk bilik air. baru jek. So, ko rase? eish.. menyirap btl aku.

Syukur kehadrat Allah, abg guard dgn akak guard tu rela hati pegi hantar kitorang pegi HKL wktu tu. dan sesampai jekk dkt hospital, diorang sediakan kerusi roda untuk kak H. Aku pun sorong lah kak H. Pegi isi borang, pastu ikut dia cek tekanan darah bagai, pastu hantar dia dkt wad pesakit luar wktu tu. 



Alhamdulillah, hampir setengah jam jugak lah menunggu giliran untuk masuk jmpa doktor. Sepanjang menunggu tu, kak H kata dia sejuk, dia nak muntah semua. Aku kata kat dia, takpe, tak pe. Yang penting kita dah dekat HKL skrg. Sementara tu aku selimutkan dia. 

Selesai jumpa doktor, bagi spesimen, dan bagi habis air smua, aku pun pegi ambik ubat dia. Sempat jugak laa aku bacakan kak H Ayatul Qursi 11 kali. untuk redakan sikit sakit dia tu. Lepas ambik ubat dkt farmasi yg buat kan aku mual bau ubat, abg guard dgn akak guard tu pun ambik kitorang balik asrama. Balik tu, aku belikan kak H roti untuk isi perut, lpas tu makan ubat then, rehat. Dia turut jekk apa aku kata. 

Aku rasa mcm aku ada tanggungjawab keatas anak orang. Naluri tu datang dengan sendiri nya.. alhamdulillah. Aku percaya, jika kita menolong orang tu ikhlas, nescaya Allah akan mengirimkan pulak ganjarannya pahala dan balasan diatas perbuatan kita. Manatau esok lusa aku pulak perlukan pertolongan. Inn sha Allah..

Setakat sini sahaja cerita ku tentang pengalaman ku dengan kak H ni. Hopefully tak terjadi lagi la benda ni. Kesian dia aku tgk. Nak tanggung sakit tu. Eish, aku pun tak sanggup kot. 

Assalamualaikum wbt.







Sunday, January 18, 2015

sayang kamema, ADIN~

Assalamualaikum semua.
hari ni hari ahad, so kitorang satu family pergi melawat rumah nenek belah mak. dan alangkah kah gembira nya perasaan bilamana dapat berjumpa dengan mereka semua. ya laa, baru first time kot jauh2 dengan family aku. so, waktu balik sebulan ni laa nak merasa tgk2, lawat2 diorang kan !

Ehemm !
yang lagi menggembirakan aq bila aq dapat tahu yang adik sepupu yang baru lahir ada sekali di sana. 
HURRAYYY ~


Seperti yang dapat korang tgk, atotototo~ cian dia nangis sayang ku itu. sebenarnya dia duduk diam2 tadi lepas mak dia bagi susu. aku kan memang gatal tangan sangat nak pegang dia. then, maybe dia rimas kot sampai nangis. muka aku mmg tak boleh bla la sbb siap ketawa kan dia sbb nangis. aku pergi cium2 dia mmg lagi satu hal .. hahaa...jahat nya aq ! kamema sayang adin ba. jangan marah yaa sayang ~

aku memang suka sangat dengan budak-budak. salah satu sebab nya diorang sangat wangi ~ sangkin kan suka tu, sampai aku kerja kan diorang sampai nangis. alaaa, aku cium2 aje pun.. sebab geram sangat. diorang omeyy angat ! 

Ok,
nama adik sepupu aku yang baru lahir ni kan, nama dia;

-NURUDIN BIN AHMAD-

dan kami semua panggil dia dengan nama timangan "AD
IN"

hehehehe ~
comel je nama dia. aku ni sebenar nya banyak adik sepupu. tapi tak terdaya nya pun nak update satu2. inn sha Allah aq akan update dekat korang adik sepupu yang lain pulak kalau dah ada masa terluang. buat masa skrg aku akan update yang baru lahir je laa ehh..

ok bye ~