Assalamualaikum pembuka cerita...
Sekitar jam 3, aku dapat call daripada kakak senior aku, nama H. Nasib baik waktu tu aku belum tidur lagi. Call yang pertama aku terlepas, dan pada call yang kedua baru aq jawab panggilan. Aku rasa hairan lah sebab knpa kak H call aku pagi2 buta ni. Dengan aku yg tak sedap hati, aku terus angkat dan lagi membuatkan aq tambah cuak bila dia kata dia kebas dari pinggang smpi kaki..
Bunyi berbualan dalam telefon kami berbunyi begini;
kak H: Mima, tolong akak please. Sakit!
aku: Nape kak? ya Allah!
kak H: Akak tak dapat rase dri pinggang smpi kaki.. rasa kebas.. please mima tolong akak.
aku: Ok, Ok.. kjap mima turun
Aku dengan risau apalagi, turun laa cepat2. Sebelum kejadian tu, mlm lepas isyak bgitu la, aku ada urut dia. Sebab dia asyik muntah2 jekk. Dia ngadu dia muntah smpi 2 beg plastik. Lpas tu dia dapat rasa migrain dia dtg (guys, migrain bahaya tau, baik buat medical checkup kalau dapat rasa migrain) Dia kata lagi penglihatan dia kabur sebelah kanan. ALLAH ! korang dapat bayangkan tak mcm mna la aku risau wktu tu. So, after aku urut dia, dia kata alhamdulillah dah ok..
Lepas dia ngadu sakit jam 3 tu, aku sempat urut dia lagi, and dia kata nak gi hospital sbb dah tak tahan. aku ni mana lah pernah pegi hospital tgh2 pagi buta. jd aku pun dengan tak berfikir panjang nya kata jom lah. sbb dah terlalu risau dah.
kitorang turun pegi bilik warden.. dan bangang nya, dah kuat dah aku ketuk bilik rumah nya, still takda yang menyahut. lepas tu, dkt pondok guard tu diorang perasan kitorang mcm perlu bantuan, then tanya kitorang apa masalah, aku bagitau lah kak H tgh sakit. warden pulak tak menyahut2. Guard tu kata diorang baru jekk dengar warden kitorang tu pegi masuk bilik air. baru jek. So, ko rase? eish.. menyirap btl aku.
Syukur kehadrat Allah, abg guard dgn akak guard tu rela hati pegi hantar kitorang pegi HKL wktu tu. dan sesampai jekk dkt hospital, diorang sediakan kerusi roda untuk kak H. Aku pun sorong lah kak H. Pegi isi borang, pastu ikut dia cek tekanan darah bagai, pastu hantar dia dkt wad pesakit luar wktu tu.
Alhamdulillah, hampir setengah jam jugak lah menunggu giliran untuk masuk jmpa doktor. Sepanjang menunggu tu, kak H kata dia sejuk, dia nak muntah semua. Aku kata kat dia, takpe, tak pe. Yang penting kita dah dekat HKL skrg. Sementara tu aku selimutkan dia.
Selesai jumpa doktor, bagi spesimen, dan bagi habis air smua, aku pun pegi ambik ubat dia. Sempat jugak laa aku bacakan kak H Ayatul Qursi 11 kali. untuk redakan sikit sakit dia tu. Lepas ambik ubat dkt farmasi yg buat kan aku mual bau ubat, abg guard dgn akak guard tu pun ambik kitorang balik asrama. Balik tu, aku belikan kak H roti untuk isi perut, lpas tu makan ubat then, rehat. Dia turut jekk apa aku kata.
Aku rasa mcm aku ada tanggungjawab keatas anak orang. Naluri tu datang dengan sendiri nya.. alhamdulillah. Aku percaya, jika kita menolong orang tu ikhlas, nescaya Allah akan mengirimkan pulak ganjarannya pahala dan balasan diatas perbuatan kita. Manatau esok lusa aku pulak perlukan pertolongan. Inn sha Allah..
Setakat sini sahaja cerita ku tentang pengalaman ku dengan kak H ni. Hopefully tak terjadi lagi la benda ni. Kesian dia aku tgk. Nak tanggung sakit tu. Eish, aku pun tak sanggup kot.
Assalamualaikum wbt.


No comments:
Post a Comment