Assalamualaikum pembuka bicara di pagi subuh penghulu segala hari, Jumaat.
Pedih, sakit, jatuh. Itu lah yang aku rasa selesai sahaja kertas Digital Media tamat. Mula-mula aku tidak lah berapa kisah. Tapi kau akan tau, bila hati tidak berkata jujur, sakit itu yang akan beri kau jawapan. Tidak semudah itu untuk kau asingkan perasaan bila kau mula menyayangi orang itu.
Mungkin ini adalah salah satu ujian Allah kirimkan pada aku untuk melihat samada aku lebih mengejar cinta Manusia lebih daripada aku mengejar cintaNYA? Itu lah yang jelas sekali bilamana, ya! Aku mengaku bahawa aku lebih mengejar cinta Manusia berbanding cintaNYA. Kenapa aku berkata demikian? Sebab jika aku lebih cinta kpd Allah, maka aku tidak akan menangisi manusia yang tidak pernah akan memberi cinta mereka kepada aku.
Benda ni adakala nya jadi isu berbangkit, bila aku seringkali dinasihati oleh sahabat2 ku ttg usah menangisi manusia kerana yang berhak kau tangisi adalah bila kau tidak mendapat cinta Allah. Itu yang penting. Mereka juga memberi semangat dari segi kata2. Mereka berkata mungkin Allah sudah pun tetapkan lelaki yang lebih baik untuk aku. Ada betulnya.
Beri lah aku kerja apa sekali pun. Aku boleh kata kan aku akan bekerja seperti profesional. Tapi bila masuk bab seumpama ini, aku akan GAGAL! Biar berapa kali aku diberi kertas ulangan bab ini, aku tetap akan gagal. Sebab apa? Sebab target aku adalah satu, menyayangi mereka dengan ikhlas. Dan aku sangat naif. Bila aku sudah metakkan seseorang itu dihati, sukar untuk aku keluar kan kembali. Sukar untuk aku berpindah hati. Itu lah aku. Manusia Naif!
Semua ini semakin membuat ku lali. Membuat ku letih. Membuat ku lemas. Lemas dalam perasaan sendiri. Tidak mudah untuk aku melepas kan perasaan kepada orang lain. Tidak mudah juga untuk aku menerima orang lain. Mungkin sudah tiba masa nya untuk aku berubah. Berubah menjadi lebih matang dalam bercinta. Sudah tiba juga masanya aku berhenti berharap. Dan sudah tiba masanya untuk aku fokus kepada Cinta HAKIKI. CINTA ILLAHI. Moga dengan demikian, aku tidak akan sakit lagi. Inn sha Allah.
Moga Allah mempertemu kan ku dengan manusia yang menyayangi ku sepenuh hati, mampu membimbing ku, mampu hidup bersama kekurangan ku dan yang lebih penting, menerima ku dengan ikhlas, kerana Allah Ta'ala. Inn sha Allah. Have faith in Allah.
Itu sahaja nukilan buat hari ini. Moga menjadi ikhtibar buat semua yang hadir membaca bingkisan ikhlas hati. Sehingga jumpa dilain hari.
Assalamualaikum wbt.




