Assalamualaikum pembuka bicara.
Sebelum memulakan cerita, aku ingin mengucap kan selamat menyambut bulan penuh mulia, Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang mungkin berkunjung ke blog saya skrg.
Alhamdulillah. Rajin pulak aku mengupdate blog disubuh hari Khamis ni. Al maklum lah, mungkin dekat dgn cuti suda kami ni. Jadi keterujaan untuk balik Sabah tu membuak2. ECCEH! Tidak sangka jugak kan, setahun suda aku dkt Aswara ni. Perasaan tu mcm baru kemarin kami semua berkumpul untuk orentasi dan skrg, kami hampir menamatkan tahun 1 kami sebagai pelajar Aswara sesi 2014/2015.
Banyak pengalaman manis dan pahit kami sepanjang kami bergelar pelajar seni ni. Alah! Perkara tu mmg biasa laa. Manada org bilang "EXCITEMENT" dalam hidup kalau tiada semua tu. GITEW~ kena faham adik2, hidup dekat dunia kampus ni sangat lah mencabar. Kena lagi kau hidup berdikari. Tinggal lagi kau yg kena kebal. Lama kelamaan benda tu akan sebati dengan kau. Inn sha Allah. Im telling you this cause i had been through all of this shits. and the results, TADAAAAA~ aku jadi org yg tahan maki skrg ni. Boleh la dikatakan. hehehehe..
Pengalaman itu kau kena carik dik. Tidak semua nya akan jatuh kan kau. Dan tidak semua nya akan bagi kau pengalaman pahit. Walau pahit sekali pun yg kau dapat, cuba lah untuk menukarnya kepada kemanisan. Baru lah kau dapat merasai nikmatnya hidup dikelilingi oleh manusia2 yg mmg zahirnya bgitu, mksd nya dsini, apa kau dapat atau nampak sekarang. Hargai lah mereka. Hargai masa mu. Hargai detik2 yang kau lalui dimasa kau bergelar pelajar. Bukan semua dapat merasai hidup bgini. Buat aku, pengalaman inilah yang membuat aku lebih matang dan berdikari.
Selagi kau bernafas, selagi kau meminjam udara yang Allah sediakan untuk kau, selagi itu lah kau kena bersyukur. Hidup ni sementara, akhirat itu abadi. Tiada yang akan terkecuali. Oleh itu, jadi manusia tu kena lah selalu menghargai apa yang kita perolehi. Kelak suatu masa akan kau sedari yang ini lah sumber kekuatan yang telah mendorong kau untuk terus bangkit menghadapi hidup ini.
Ok.
Takat sini sahaja. Nanti ada umur yang panjang akan aku kongsikan lagi pengalaman2 semasa di Aswara ni. Sayang nya aku kepada Aswara ni hanya Allah yang tahu. Mereka sudah aku ibaratkan keluarga sendri. Tidak dapat aku bayang kan jika suatu masa nanti kami akan berpisah membawa haluan masing. Kalau ada sorang lelaki yang boleh aku bawak jadi penghuni hati, lain cerita la. hahahahaha! Gatei gamoknye~
Sehingga jumpa lagi.
Assalamualaikum wbt.




No comments:
Post a Comment