Monday, April 27, 2015

SIAPA SEBENARNYA BERSALAH?



Assalamualaikum kepada semua yang mungkin singgah ke blog ku sekarang.

Hari ni ada satu cerita yang ingin aku sampai kan. Ada kaitan jugak lah dengan gambar yang aku serta kan diatas tu. Sebenarnya ada bnyk cerita atau pengalaman ku tentang hal ni. Tapi aku akan kongsikan tiga cerita aje kot. Secara jujur, tujuan atau niat ku berkongsi cerita ini hanyalah sebagai pengajaran atau kesedaran kepada masyarakat atau Hamba Allah yang berada diluar sana untuk sedar dan khilaf akan perbuatan mereka yang boleh kita katakan seakan meyerupai sikap keji Syaitan. 

Ok.
Bermula kisah sewaktu aku dibangku sekolah lagi. Biasa lah, diri semakin meningkat remaja. Maka datang lah perkara2 yang menduga naw2 keimanan kita dalam mengawal amarah dan kesabaran kita. Dahulu sewaktu aku di Tingkatan 3, aku mempunyai seorang kawan baik, yang boleh aku katakan rapat sangat2. Dia sangat baik. Ikhlas, cantik dan jujur aku katakan. Dia lah yang selalu belanja aku makan sbb dia tau, aku mmg tidak akan ada cukup duit utk makan di kantin waktu tu. dan, dia akan pelawa aku makan sekali, dia kalau ke mana2, dia akan belikan aku buah tangan (almaklumlah selalu merantau keluar dari Sabah wktu tu) jadi dia akan belikan aku something sebagai bauh tangan.

Dan, perhubungan itu berjalan seperti hari-hari biasa sehingga pada satu hari ni, JENGJENG! aku tak tau lah dimana kesalahan ku dengan dia sehingga dia membuka cerita fitnah tentang aku. Allah. Demi Allah aku tidak ingat pasal benda apa kami brgaduh besar tu. Sebab mungkin aku dari kecik di ajar tentang memaafkan dan mengikhlaskan oleh kedua orang tua ku (Aku bersyukur kerana dikurniakan orang tua seperti mereka) jadi, aku terus pergi ke meja nya waktu tu. Perbualan kami lebih kurang berbunyi seperti ini;

AKU: apa salah ku sama kau ni? sampai kau cakap belakang2 pasal aku?
DIA: apa kau ni? tiba-tiba?
AKU:  jangan lah kau pura2 ndak tau sana. kau yang buat2 cerita dibelakang kan? teruk ba kau ni. apa salah ku sama kau ni? (started to cry)
DIA: silent...

Aku pun kembali ketempat duduk ku sebab cikgu datang kot wktu tu. Jadi semenjak daripada hari tu, kami tidak bertegur. Tapi, selang beberapa minggu tu, kami berbaik semula. Dan keadaan sangat awkward ehh i tell you. Dan kami berjaya bersikap sebagai orang yang matang dengan melupakan perbalahan kami berdua sebelum tu. 

Tidak habis disitu cerita nya. Dia mula buat hal pulak di tingkatan 4, dan lima.. Kali ni dia mmg sangat mencabar keimanan bila dia melibatkan member2 keras dia yang pastinya boleh backup dia. Dia ni aku boleh katakan, mempunyai pengaruh atau member lelaki yang ramai. So, ko rase?? Aku macam dah naik MUAK korang tau waktu. Dah malas begaduh. Macam budak2 kecik.. Aku dah lah dulu boleh dikatakan berbadan seperti cikgu. Tingkatan 4, tapi mcm bukan tingkatan 4.Takkan lah sikap tu macam budak2 kan. Tak kena langusung. So, adalah yg aku buat untuk selesaikan perkara2 tu. Tak nak aku dedahkan.. sebab lagi mengaibkan aku dan dia aku rasa. 

Ok. 
Bergerak ke cerita kedua. Ceritanya pendek aje. Ada sorang hamba Allah ni. Dia lagi laa hot aku rasa.  Tapi dia ni, satu kekurangan dia, dia manusia yang jenis tak boleh nak kalah. Dia kena jadi org yg berada di TOPLIST. dan dia jenis yang cepat sangat percaya cakap org tanpa usul periksa. Sakit jiwa aku dibuatnya. Kena hadap org bgini ni mmg payah Nauzubillah. Mungkin salah satu dia ni tak suka aku sebab dia rasa aku ni saingan bagi dia.. Ya Allah. jujur ekk. Muka aku ni dulu tak ubah macam macik jual karipap kau tau tak. Aku tak tau laa tang mana dia rasa aku ni saingan dia. Orang kata, dia cuba nak bersikap seperti aku, tapi tak dapat sebab itu bukan diri dia. Bukan sikap dia ghupo itu. Allah.. WAllahu'alam laa. Allah jekk tau masalah yang sebenarnya. 

Kami berbalah ada pasal satu kes ni. Pasal lelaki la. Apa lagi. Tapi aku ni bukan lah perempuan yang jenis nak bawak betumbuk org lain pasal lelaki. Ilek aaa.. aku ni cool jek org nya. percaya lah. So, aku dah malas nak begaduh pasal lelaki,  tolong lah. Dah berbulu dah pun masih nak bergaduh pasal lelaki. Aku paling jaga betul maruah aku sebagai seorang perempuan. jadi, aku buat donno jek benda tu. Dan ada satu masalah ni berlaku serentak yang membuat kan benda ni nampak mcm aku plan untuk lepas kan lelaki ni. Banyak lagi kejadian yang berlaku antara kitorang. Aku tak tau mcm mna nak explain dan aku tak nak kongsi benda tu sebab ia nya melibatkan keluarga aku, keluar dia, dan lelaki tu. Jadi, aku tak nak dah bukak mulut tentang kes lama. 

Semenjak dari hari tu, aku dah jaga jarak dengan dia dah. Aku tak nak jadi musuh, tak nak jadi kawan baik. Kawan biasa dah cukup bagi aku. Dia perlu aku, aku akan tolong dia.. Simple as that. Dia tak perlu aku, aku akan ok jek. Tak ambik hati. 

Ok.
Cerita yang ketiga ni mungkin aku akan sambung dikemudian hari. Sebab, cerita ni agak panjang dari cerita kedua, dan lagi panjang dari cerita yang pertama. Fresh dari ladang lagi ni. Jadi, biar aku tenangkan dlu hati aku yang tengah remuk ni. Jujur, aku nangis sebab aku dah lah jauh dari family aku, sanggup diorang buat aku serupa itu. Kira mcm diorang menganiaya perasaan aku la. Dan lagi satu, biasa lah.. Bak kata Mama, Abah, Cikgu2 aku, ujian sewaktu sambung belajar lagi perit. By hook or by crook, kita kena terima jugak sebab tau tak, Semua tu adalah ujian yang Allah beri kepada kita samada kita makin dekat dengan Dia ke atau makin jauh kepada Dia setelah di kirimNya ujian yg berat kepada kita.. Allah rindu kita tu. Jadi sahutlah rinduNya dengan berjumpa dan bersujud kepadaNya di dalam solat. Inn sha Allah. 

Sehingga ketemu lagi. Assalam ~


No comments:

Post a Comment