Assalamualaikum. Salam sejahtera. lama betul mima x buka atau update blog ni kan. adalah kena sapu sikit sawang2. hehe. mima agak busy sejak kebelakangan ni.. almaklum , dah nak dekat2 final ni mcm ni laa. banyak benda nak settle..
Jadi hari ni , pada jam 2.16 pagi, tibe mima rasa mcm nak update blog pulak. Selepas ada lagi sorang kawan terkena benda yang sama. cuma keadaan dia boleh dikatan lebih baik drpd masa mima kena buat passport ni. Jadi, untuk mengelakkan benda sama jadi dkt orang lain, dan tidak rasa teraniaya, mima share cara2 nak apply passport ni. manatau berguna untuk sesiapa yang nak memohon untuk membuat passport di negeri selain daripada negeri kelahiran kita. maksud nya disini, contoh laa awak sebenarnya berasal daripada Sabah, tp nak buat passport di Kuala Lumpur. bagaimana dan apakah yang perlu awak sediakan dan apa yang awak patut buat. yes! tu laa yang bakal mima share dkt semua yang mungkin singgah di dkt blog mima pada ketika ini.
MARI KITA MULA!!
Siapa sangka buku merah ni adalah benda yang amat leceh dan rumit bila kau berurusan di luar kawasan negeri kau. tapi dia tak lah rumit dan sebenarnya lebih elok kalau kita memohon di tempat sendiri. Pihak Imigresen akan ambil masa lebih kurang sejam sahaja untuk siapkan passport awk.
TETAPI!!!!
kalau awk dari negeri lain, pihak Imigresen akan mengambil masa selama 5hari waktu bekerja untuk siapkan passport awk. ini untuk kes mima laa sebab mima asal dari Sabah. kalau korang dari kawasan sekitar Semenanjung, WAllahu'alam. sebab apa perlu 5hari waktu bekerja?? ini sebab nya..
- Pihak Imigresen terlebih dahulu memerlukan pengesahan daripada pihak Imigresen negeri awk. Bukan apa, utk memastikan segala maklumat dan identiti awak adalah sah. yang lebih penting.. untuk memastikan awk adalah warga negara MALAYSIA!! proses dia bukan alang2. tu sebab perlu 5 hari nak settle tu.
BENDA PERTAMA SEKALI KAU PERLU ADA BILA NAK PERGI BUAT PASSPORT!!
A) SIJIL KELAHIRAN YANG SAH
B) SALINAN KAD PENGENALAN (2 ATAU LEBIH IN CASE. sedia je bnyk2)
C) NO K/P MAK ABAH (yang ni dah ada sekali dkt sijil lahir kau dont worry) hehe.
D) DUIT SEBANYAK RM200 (passport will be valid until 5years)
Haaaaa! benda2 dkt atas sangat penting yaa saudara saudari sekalian.. ini lah yang pihak Imigresen akan minta korang sediakan. mana2 tmpt pun. sama!
BAGAIMANA KALAU SIJIL LAHIR TERTINGGAL DI NEGERI AWK?
JANGAN RISAU! pihak Imigresen akan mengarahkan awk untuk membuat cabutan sijil lahir di pejabat JPN. Cabutan sijil lahir ni awk takkan dapat terus tau. ada lagiiii proses dia. Antara prosesnya adalah,
1) Pihak JPN akan mengarahkan awak untuk mengisi satu borang. Borang tu memerlukan awk untuk isi segala maklumat penting seperti nama dll.
2) Once dah isi, diorang akan proceed borang maklumat awk tu,dan kemudian diorang akan buat surat dan akan terus fax ke bahagian yg berkenaan di negeri awk untuk pengesahan.
3) Kalau pihak daripada negeri awk dh terima, dan dah bagi pengesahan, diorang akan fax semula kpd pihak JPN tmpt awk berurusan tu untuk proceed Cabutan Sijil Lahir awk. Banyak benda kan? sbenarnya ada lagi, tp dh tak ingat dh sbb dia berkaitan dgn status dalam database diorang. Mima x reti sangat. sbb time buat tu cuak namati! dah la sorang2.
TAPI SAYA PERLUKAN PASSPORT SECEPAT YANG MUNGKIN DAN TIADA MASA UNTUK TUNGGU SELAMA 5 HARI. MACAM MANA NI?
Haaaa! ni lgi satu hal. nak dibuat cerita, mima ambik kes mima laa. Mima sebenarnya dapat panggilan untuk buat show dekat CHINA bersempena dengan Independence Day diorang under KLPD Malaysia. Last2, hmmmmm.. hampeh!
jadi mima pun perlu submit passport dkt pihak KLPD keesokkan harinya untuk diorang aturkan VISA. haaaa.. VISA mima takkan sentuh. Jadi? tak gilaaaa aku jadinya nak hantar esok?? mmg cuak btl buat passport wktu tu. Dan mima pun dengan muka cuak hadap la pegawai Imigresen tu. gitu gini gitu gini, ni dia kesimpulannya,
1) Mima perlu call pihak Imigresen Sabah untuk bantu kes mima.
2) Bila dah call, pihak Imigresen Sabah bersetuju untuk tolong. Dan diorang mengarahkan mima untuk bersabar dan beritahu dkt pihak Imigresen tmpt mima berurusan tu untuk buat surat, dan once dah fax dekat Imigresen Sabah, diorang akan fax semula surat maklum balas kebenaran dkt pihak Imigresen tu utk proceed. Sumpah leceh. semua ni atas budi bicara sebenarnya kwn2.
3)Perincian cerita mima ni mima akan buat nanti dibawah tajuk " 'AZAB PASSPORT"
LAAAA! TU JE? yesss.. ini je. mima pun sebenarnya ingat panjang laa crita nak taip. yang panjang tu sebenarnya, crita semasa proses mima nak buat Passport dekat satu tmpt ni. Allah je tau mcm mna mima nangis, sorang2 settle benda ni.
KESIMPULAN yang mima boleh bagi adalah, please!! buatlah passport awal2. sebelum korang smbung study atau kerja mana2 luar daripada negeri korang. seksa weyy buat. untuk elak benda2 mcm ni laa sbnrnya. cukup lah mima sorang kena. taknak korang rasa benda sama. ada masa mima akan crita dkt korang kenapa dan apa sebab mima share benda ni at first place. ok?
Jam pun dah menunjukkan pukul 3.39am. mima seeloknya tidur. Jumpa lagi guys. moga apa yang mima share ni bermanfaat buat korang. Inn Sha Allah. dengan itu, Wabillahitaufiq,walhidayah. Assalamualaikum wbt.

No comments:
Post a Comment